Anda Nak Dapatkan “Sijil Kursus Kahwin” Dan Nak Tahu “Cara Memohon Kebenaran Nikah” Yang Betul Dan Direct Dari Pakar?

Kalau anda boleh bertanya direct kepada pakar – bukankah ini akan “menjimatkan masa dan tenaga” anda dalam mencari info “pemohonan kelulusan perkahwinan” yang sahih, betul dan tepat? 

sijil kursus kahwin

 

Saudara dan saudari,

Ramai bakal pengantin yang stress, risau-risau serta terpinga-pinga kalau disebut tentang PROSES PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH atau MEMOHON KEBENARAN BERKAHWIN.

Banyak cerita yang kita baca atau dengar tentang perkara ini seolah-olah perkara ini adalah satu perkara yang sangat sukar atau complicated bagi pasangan bakal pengantin.

Betul ke sebegitu? 

 

Kalau anda belum tahu, sebenarnya proses permohonan kebenaran nikah ini TIDAK SESUSAH MANA .

Apa yang menjadikan  anda terteka-teka atau tercari-cari caranya adalah kerana anda BELUM MASUK KURSUS KAHWIN terlebih dahulu sebelum anda buat persediaan yang lain seperti beli barangan hantaran, cari katering, cari cincin, cari dewan dan yang seumpamanya.

 

Apabila anda tiada info sahih dari pakar di kursus kahwin,  anda akan banyak membuang masa dan tenaga mencari-cari maklumat cara memohon kebenaran nikah anda merata-rata dalam Google dan media social.

Maklumat dalam Google atau media social ini ada yang betul dan ada yang tidak.  Yang pasti adalah terdapatnya banyak maklumat yang tak lengkap serta berkemungkinan besar tak sesuai dengan keperluan anda.

 

Kalau anda sudah hadiri kursus kahwin awal-awal, Insya-Allah anda akan ketahui yang prosesnya tidaklah sesusah mana pun. Asalkan anda tahu cara yang betul dan tepat.

 

Oleh itu, untuk membantu anda menyelesaikan proses ini, kami di Siarra Ventures menyediakan khidmat kursus kahwin secara bersemuka (face to face) pada setiap Sabtu & Ahad, setiap minggu sepanjang tahun.

Bagi anda yang belum mengenali kami, kami adalah penganjur kursus pra perkahwinan BERTAULIAH DAN BERDAFTAR dengan JAWI yang telah memberikan khidmat penganjuran lebih dari 8 tahun.

daftar kursus kahwin


Apa Yang Anda Perlu Tentang Sijil Kursus Kahwin JAWI?

Sijil kursus kahwin JAWI ini:

1. TIADA expiry date.

2. SAH LAKU seumur hidup.

3. SAH BOLEH DIGUNAKAN bagi permohonan kebenaran nikah di mana-mana PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) semua negeri di Malaysia (seluruh Malaysia).

4. Sijil kursus kahwin ini dikeluarkan oleh pihak JAWI sendiri dan ianya akan diproses dalam masa 3 hari bekerja setelah kursus kahwin tamat (jika ada kelewatan, ianya akan dimaklumkan kepada semua peserta kursus oleh Urusetia Bertugas melalui WhatsApp).

5. Sijil boleh dicollect di Pejabat Kami atau boleh DIPOSKAN (caj pos sekali sahaja walaupun melibatkan lebih dari 1 sijil) kepada anda mengikut mana-mana alamat di Malaysia yang anda arahkan.

daftar kursus kahwin


Apa Yang Anda Perlu Tentang Kursus Kahwin Bersemuka (Face To Face) Kami Ini?

Kursus kahwin kami ini:

1. Kursus kahwin kami ini berlangsung setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) setiap minggu sepanjang tahun.

2. Kursus perkahwinan ini berlangsung 1 HARI SETENGAH (13 jam) sahaja. Kursus tamat pada hari Ahad jam 2 petang.

3. TIADA assigment atau TIADA ujian untuk lulus dan layak mendapat sijil kursus kahwin. Anda hanya perlu duduk dan dengar sahaja.

4. Anda boleh BERTANYA DIRECT kepada ustaz atau ustazah bertugas (penceramah) kalau anda ada apa-apa perkara yang anda kurang faham atau kurang jelas, ataupun anda ada masalah berkaitan permohonan kebenaran nikah anda.

Insya-Allah ustaz atau ustazah bertugas (penceramah) akan membantu anda.

5. Insya-Allah kebanyakan Ustaz dan Ustazah bertugas (penceramah) kami ini akan sudi memberikan no. telefon mereka untuk membantu anda walaupun setelah kursus kahwin tamat.

Anda anda ruang untuk buat rujukan (CALL atau WhatsApp) mereka sekiranya anda tersangkut atau buntu di tengah-tengah proses permohonan kebenaran nikah anda atau apa-apa masalah berkaitan topik yang telah dibincangkan dalam kursus kahwin.

Insya-Allah ustaz atau ustazah bertugas (penceramah) akan sudi membantu anda.

6. Ada BREAK dan 3 KALI MAKAN-MAKAN di sepanjang kursus kahwin berlangsung.

daftar kursus kahwin


Waktu Kursus Kahwin

1. Sabtu (hari 1)

+ 8 pagi: ambil file, buku dan sarapan
+ 8.50 – 9 pagi: taklimat
+ 9 pagi – 6.30 petang: kursus berlangsung
+ 6.30 petang: para peserta bersurai

(ada break antara topik, waktu rehat dan makan 1-2 tengahari dan waktu solat Asar)

2. Ahad (hari 2)

+ 8.30 pagi – 2.30 petang
+ 2.30 petang: kursus TAMAT

(ada break antara topik, waktu rehat dan makan 10.30 pagi)

 


Lokasi Kursus Kahwin (Di Kawasan Batu Caves)

Kursus kahwin kami ini amat sesuai bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor terutama jika anda berada di kawasan Batu Caves, Selayang, Taman Sri Gombak, Taman Melati, Taman Gombak Setia, Gombak, Greenwood, Sentul, Setapak tak kira Kuala Lumpur atau Selangor kerana JAIS (Selangor) pun terima sijil kursus kahwin JAWI.

Di luar berdekatan dengan kawasan masjid, ianya dekat sahaja dengan Giant Batu Caves, stesen minyak, dan banyak kedai makan di sekelilingnya.

Manakala di tepi pagar masjid ada restoran atau Bistro Ramly Burger dan mesin ATM.

 

NOTA PENTING:

Kursus kahwin ini berlangsung dalam dewan ceramah yang berasingan dari dewan solat. Jadi, tiada masalah bagi peserta perempuan untuk hadir berkursus di sini walaupun berada dalam keadaan uzur (dalam haid).

Cukup mudah anda nak jumpa kalau menggunakan GOOGLE MAPS atau WAZE dengan menaip “Masjid Saidina Hamzah”.

 

Alamat penuhnya:

Dewan Ceramah Masjid Saidina Hamzah
Jalan 6/12C, Kampung Batu Muda
51100 Kuala Lumpur

lokasi kursus kahwin manjalara
Lokasi yang mudah dicari kalau menggunakan Waze atau Google Maps. Taip je “Masjid Saidina Hamzah”. Insya-Allah mudah jumpa

kursus kahwin kuala lumpur
Ada Bistro Ramly Burger dan kemudahan mesin ATM
kursus kahwin selangor
Dewan yang luas, berhawa dingin dan cukup selesa bagi para peserta

kursus kahwin gombak

kursus kahwin di Selangor

kursus kahwin setapak
Ruang parking yang luas dalam kawasan masjid

daftar kursus kahwin


Berapa Yuran Tu?

Yuran kursus kahwin bersemuka telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.

Yuran ini SUDAH TERMASUK 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan pengurusan penganjuran kursus kahwin (kecuali jika nak pos/courier sijil kursus kahwin ke mana-mana alamat seluruh Malaysia).

Tiada lain-lain caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.

 


Jadi, Bagaimana Nak Daftar Kursus Kahwin Kat Sini?

Untuk daftar, mohon anda isi borang ringkas di bawah.

1. Pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta (ini untuk mengelakkan kes SPAM yang berleluasa).

2. Isi borang online kat bawah ni dengan buat pilihan tarikh kursus kahwin anda.

3. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN – nama, email dan nombor handphone anda.

4. Jangan lupa masukkan nombor IC anda.

5. PADA BUTIRAN PEMBAYARAN – anda boleh pilih sama ada anda hendak gunakan Perbankan Internet, Mesin Deposit Tunai (CDM) atau FPX.

6. Kalau anda menggunakan Perbankan Internet atau Mesin Deposit Tunai (CDM), mohon anda isi ruang maklumat transaksi dan sertakan “bukti pembayaran atau proof of payment”.

7. Di ruang PENGESAHAN, tick akuan dan klik “hantar”.

8. Selepas itu, check email anda untuk lihat pengesahan dan maklumat penting.

9. Untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan Admin – mohon anda gunakan “NOMBOR INVOIS” pendaftaran anda.

10. Setelah anda selesai mendaftar, Admin dan Team Support akan berkomunikasi dengan anda melalui Whatsapp.

Admin atau Urusetia akan berikan anda maklumat mengenai – lokasi, cara berpakaian, apa dokumen yang anda perlu bawa, Borang Kursus Kahwin serta aturcara kursus kahwin.

daftar kursus kahwin


Soalan Lazim

Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin tanpa pasangan?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin.

Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin.

Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin.
A. Mereka perlu membawa IC MyPR atau MyKAS atau passport dan 1 salinannya.

daftar kursus kahwin


Apa Kata Para Peserta Kami Yang Telah Sertai Kursus Kahwin Dengan Kami?

kursus kahwin online

kursus kahwin jais

kuala lumpur kl

kursus kahwin selangor

kursus kahwin wilayah persekutuan

kursus kahwin jawi

daftar kursus kahwin


Bila Tarikh Kursus Kahwin Yang Available?

Setelah penularan wabak Covid-19, kursus kahwin secara bersemuka (face to face) kami di sini berlangsung pada setiap hari Sabtu & Ahad, setiap minggu sepanjang tahun.

Untuk melihat tarikh dan jumlah seat yang AVAILABLE, mohon anda lihat list tarikh dan jumlah seat yang available setiap minggu di bawah. 

Anda hanya perlu pilih tarikh dan isi borang ringkas sahaja.

Booking atau daftar awal-awal kerana seat biasanya cepat penuh.

daftar kursus kahwin


Apa Yang Anda Perlu Sediakan Apabila Hadir Kursus Kahwin Nanti ?

Kami akan maklumkan kepada anda (melalui Whatsapp) supaya anda dapat menyediakan beberapa perkara sebelum hadir ke kursus kahwin nanti:

1. Print out proof of payment atau gambar resit pembayaran

2. Satu salinan IC (depan/belakang)

3. Face mask

4. Borang kursus kahwin (akan diberikan oleh Admin melalui e-mail).

5. Apps MySejahtera

 

NOTA PENTING – peserta yang tidak sihat, demam, batuk atau ada tanda-tanda (gejala) yang meragukan tidak akan dibenarkan masuk atau sertai kursus kahwin.

 


Nak Pakai Macam Mana Bila Hadir Kursus?

Senang. Ikut macam ni je.

Peserta lelaki – kasual dan sopan. Dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai, pakai jeans lusuh atau jeans koyak.

Peserta perempuan – sopan dan tutup aurat. Wajib bertudung. Paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah. Dilarang pakai seluar dan pakaian ketat.

Jangan lupa, tau?

 


Bila Tamat Kursus Kahwin, Bilakah Saya Akan Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

Setelah anda masuk atau sertai kursus kahwin, sijil kursus kahwin akan dikeluarkan oleh JAWI selepas 3 hari bekerja.

Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis kami, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui WhatsApp.

daftar kursus kahwin


Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

Anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara:

1. Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima Whatsapp makluman dari kami. Ofis kami dibuka 5 hari seminggu:

a. Selasa, Rabu dan Khamis (dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang)

b. Sabtu dan Ahad (Sabtu: 10 pagi – 5 petang. Ahad: 10 pagi – 1 tengahari)

c. Jumaat, Isnin dan hari cuti umum – ofis kami tidak beroperasi

PENTING – bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

(Nota penting – waktu ofis tertakluk kepada perubahan semasa – jika ada. Dan ianya akan dimaklumkan kepada para peserta)

Atau,

2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda. Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).

Ataupun,

3. Anda boleh gunakan khidmat pos/courier yang kami sediakan. Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.

 

Nota:

Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin nanti.

daftar kursus kahwin


Jadi Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekarang Untuk Memudahkan Proses Permohonan Kebenaran Nikah Anda?

Semoga tips di bawah ini boleh membantu anda.

Ini kerana terdapat begitu ramai pasangan atau bakal pengantin yang pening-pening, stress, kelam-kabut serta mendapat nasihat yang tak lengkap atau nasihat yang salah apabila mereka nak buat permohonan kebenaran nikah atau kelulusan perkahwinan mereka.

Tak pasal-pasal mereka membazirkan masa, tenaga dan wang sedang proses permohonan kebenaran nikah atau kelulusan perkahwinan ini tidaklah begitu rumit.

Tipsnya adalah:

  1. Masuk kursus kahwin lebih awal – sekurang-kurangnya dalam masa 90 hari dari tarikh cadangan akad nikah.
  2. Direct tanya ustaz atau ustazah penceramah sewaktu kursus kahwin berlangsung sekiranya anda ada apa-apa masalah atau tak faham tentang cara memohon kebenaran nikah atau kelulusan perkahwinan mereka. Kerana ianya melibatkan sistem permohonan online, dokumen-dokumen wajib, masalah wali, permohonan berlainan daerah atau negeri serta permohonan yang melibatkan perkahwinan dengan warga asing.
  3. Dapatkan nombor telefon ustaz atau ustazah penceramah supaya anda dapat “talian hayat” sekiranya anda hadapi apa-apa masalah tentang permohonan anda walaupun selepas kursus kahwin dah tamat.

daftar kursus kahwin


Jadi, jangan tunggu lama-lama untuk dapatkan “maklumat yang betul dan tepat” tentang proses permohonan kebenaran nikah atau kebenaran perkahwinan anda dari pakar.

(Mohon anda lihat dan pilih mana-mana tarikh dan seat yang available di bawah)

Dan daftar sekarang!

sijil kursus kahwin


Copyrights © www.KursusKahwinManjalara.com 2017. All rights reserved | Permit Penganjuran JAWI – Siarra Ventures (SA0295249-H)

Hotline – 019 6457797

 

 

 

Payment gateway dan payment processing oleh:

AFA Bizventures PLT (LLP0008397-LGN)

 

Shares

Nota Penting! Nama baru kursus kahwin online Manjalara adalah kursus kahwin online Batu Caves

X