Perhatian muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin:
“Sudahkah Anda Memiliki Sijil Kursus Kahwin?”

Anda mungkin:
- URGENT hendak nikah, tetapi anda dan pasangan masih belum ada sijil kursus kahwin.
- URGENT hendak melangsungkan perkahwinan, tetapi anda dan pasangan tidak tahu di mana sepatutnya anda sertai kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin.
Malah, anda mungkin:
- URGENT hendak melangsungkan perkahwinan, tetapi anda dan pasangan masih tidak tahu macam mana caranya hendak memohon kelulusan nikah dari Jabatan Agama Islam.
- URGENT hendak kahwin, tetapi anda tidak tahu kepada siapa anda hendak rujuk dan minta bantuan kiranya anda pening-pening atau “tersangkut” sewaktu anda hendak isi borang untuk memohon kelulusan nikah anda.
- URGENT hendak nikah, tetapi ada atau halangan yang anda dan pasangan terpaksa hadapi – contohnya tentang wali, tidak cukup dokumen atau proses kelulusan antara negeri-negeri yang berlainan.
Jadi, Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?
Sebagai penganjur kursus pra perkahwinan yang berpengalaman dan bertauliah (JAWI dan JAKIM), kami boleh membantu anda selesaikan masalah-masalah anda di atas.
Sehingga kini, kami telah membantu ribuan muda-mudi, pasangan dan bakal pengantin melalui khidmat kursus perkahwinan ini setiap bulan.
Laku Ke Sijil Kursus Kahwin ini?
Tahukah anda bahawa :
- Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.
- Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.
- Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysia – tidak kira di mana-mana PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri.
- Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.
Kursus Kahwinnya Macam Mana?
- Kursus kahwin secara face to face/bersemuka ni tak lama – 1 HARI SETENGAH SAHAJA (jumlah jam wajib – 13 jam). Kursus kahwin tamat pada pukul 2 petang pada hari yang ke-2.
- Ada 3 kali makan-makan sepanjang waktu kursus berlangsung. Oleh itu, anda tidak perlu keluarkan duit poket lagi untuk membeli makanan.
- Anda dan pasangan hanya perlu DUDUK dan DENGAR sahaja.
Sudah Ada Ujian?
Pada waktu ini, TIADA UJIAN LISAN ATAU TIADA UJIAN BERTULIS akan dilaksanakan.
Tarikh Kursus Kahwin Yang Available?
Kursus kahwin Manjalara ini dianjurkan setiap Sabtu & Ahad setiap minggu.
Anda boleh pilih mana-mana hari yang sesuai dengan anda dan pasangan mengikut tarikh di bawah:
BULAN | TARIKH |
MEI 2021 |
|
JUN 2021 |
|
JULAI 2021 |
|
OGOS 2021 | AKAN DI MAKLUMKAN KELAK |
SEPT 2021 | AKAN DIMAKLUMKAN KELAK |
Nota : Sekiranya anda melayari website ini menggunakan smartphone, seret jadual di atas ke kiri dan kanan sekiranya ada kandungan yang tidak nampak
Waktu Atau Masa Kursus Kahwin?
- Sabtu & Ahad (jumlah jam wajib – 13 jam)
Hari 1
- 8.00 – 9.00 pagi – check ini (menggunakan apps MySejahtera), scan suhu, ambil file dan buku, dan sarapan (sarapan disediakan)
- 9.00 pagi – kursus kahwin bermula hingga 6.30 petang (sarapan dan makan tengahari disediakan)
- 6.30 petang – kursus kahwin tamat untuk hari pertama
- 8.30 pagi – kursus mula (ada makan pagi jam 10 pagi)
- 2.00 petang – kursus tamat
Di Manakah Lokasinya?
Penganjuran kursus perkahwinan ini adalah dalam Dewan Ceramah Masjid Imam Al Ghazali, Bandar Menjalara.

Lokasi tepatnya adalah:
Masjid Imam Al Ghazali
Jalan 1/62a, Bandar Sri Menjalara
52200 Kuala Lumpur
Anda dengan mudah boleh mencari dan menemui Kursus Kahwin Manajalara ini dengan menaip ‘Masjid Imam Al Ghazali’ di WAZE atau di Google Maps.
Nota penting:
Penganjuran kursus kahwin adalah dalam dewan ceramah. Ini bermakna, tiada halangan bagi peserta perempuan untuk turut sertai kursus kahwin di sini walaupun peserta perempuan ada keuzuran atau dalam haid.
Di kawasan sekeliling Masijd Imam Al Ghazali, anda boleh dapatkan kemudahan-kemudahan:
- Stesen minyak Petron atau Petronas
- Kemudahan ATM
- Parking yang luas dan percuma
- Berhampiran dengan TESCO Kepong
- Kedai-kedai makan
Ruang Dewannya?
Ruang dewannya luas, bersih, kemas dan dan menepati SOP MKN (dengan penjarakan 1 meter) yang boleh memuatkan sehingga 130 orang peserta.
Lengkap dengan kemudahan audio visual dan berhawa dingin.



Berapakah Yurannya?
Yuran yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.
Ianya sudah ‘all in’ – sudah termasuk 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain.
Tiada caj tambahan.. dan juga tiada caj tersembunyi.
Soalan Lazim
Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin tanpa pasangan?
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.
Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin.
Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin.
Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin.
A. Mereka perlu membawa IC MyPR atau MyKAS atau passport dan 1 salinannya.
Lakukan Ini Agar Anda Dan Pasangan Tidak Stress Dan Terkejar-Kejar
Sepanjang saya & team memberikan khidmat konsultansi dan penganjuran kursus kahwin kepada pasangan atau bakal pengantin, bermacam-macam masalah yang timbul.
Masalah-masalah ini menjadikan mereka stress, kelam-kabut serta risau-rasau sedangkan mereka sedang menuju ke detik hari bahagia mereka.
Antara sebab-sebab utama perkara-perkata ini berlaku adalah kerana:
Ramai pasangan atau bakal pengantin menyediakan “dokumen-dokumen wajib” untuk memohon kelulusan perkahwinan dari PAID atau Jabatan Agama Islam secara ‘last minit’.
Ramai pasangan menjadikan kursus kahwin perkara yang ‘last’ dalam senarai persiapaan perkahwinan tanpa ambil kisah tentang proses atau prosedur perkahwinan yang telah ditetapkan oleh setiap Jabatan Agama Islam Negeri.
Rasa stress atau tension kerana terdapat sedikit kelainan proses memohon kelulusan pernikahan bagi negeri tertentu.
Tidak tahu bagaimana hendak melengkapkan borang permohonan secara online sedangkan tarikh nikah sudah dekat.
Tidak tahu hendak merujuk kepada siapa sekiranya mereka ‘stuck’ di tengah-tengah proses memohon kelulusan perkahwinan mereka.
Oleh itu, bagi mengelakkan perkara-perkara sebegini menimpa anda dan pasangan, saya & team anjurkan anda untuk sertai kursus pra perkahwinan ini lebih awal.
Dalam kursus kahwin face to face/bersemuka ini nanti, anda dan pasangan boleh tanya habis-habis penceramah atau tenaga pengajar apa-apa sahaja yang anda musykil atau tidak faham.
Malah anda boleh memohon jasa baik untuk minta nombor telefon penceramah atau tenaga pengajar ini walaupun selepas kursus kahwin tamat.
Insya-Allah. Mereka akan sedia membantu.
Akhir kata – jangan biarkan stress, tension, kelam-kabut dan rasa risau-risau membelenggu hati, jiwa dan minda anda.
Be happy untuk menyambut hari bersejarah yang indah yang bakal diingati seumur hidup anda dan pasangan.
Saya & team doa’kan anda dan pasangan ‘bahagia till Jannah’.
Aminnnnnnnnnn
Insya-Allah.
Ribuan terima kasih dari,
Team Kursus Kahwin Manjalara
Hotline dan Whatsapp: 019 6457797
https://kursuskahwinmanjalara.wasap.my